Antara tugas Jabatan Kebajikan adalah untuk mengenalpasti mereka-mereka yang diketegorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), mendaftar mereka dengan pihak jabatan serta mengeluarkan kad pengenalan diri OKU. Kad ini akan memudahkan OKU untuk berurusan dan mendapatkan kemudahan serta diskaun di tempat-tempat tertentu. Kad ini juga diperlukan bagi pendaftaran di sekolah-sekolah pendidikan khas dan lain-lain institusi tertentu.
Read more…
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Terlalu Istimewa
Saya akui penguasaan Bahasa Inggeris saya masih lemah. Masih terdapat banyak kesilapan dari segi tatabahasa mahupun ejaan. Namun, itu yang membuatkan saya gemar menulis dalam bahasa tersebut kerana ianya memberi peluang kepada saya memperbaiki kelemahan tersebut. Jika setakat membaca sahaja tanpa praktikal, rasanya susah untuk berkembang. Mungkin orang lain senang faham dengan setakat membaca tetapi saya pasti bukan semua.
Sebagai rakyat Malaysia, berbangsa melayu, sesekali sekala ingin saya menulis dalam bahasa ibunda saya sendiri. Bahasa menunjukkan bangsa, malah dalam kontek global ia menunjukkan negara juga. Kita pelajari bahasa asing adalah sebagai suatu ilmu pengetahuan mungkin berguna di masa-masa akan datang, namun bahasa sendiri yang wajar kita sentiasa sanjungi dan bangga selalu. Untuk kali ini dan mungkin lebih kerap akan datang, saya akan menulis dalam bahasa Malaysia juga di blog ini. Bagi ramai yang masih tidak pasti – blog ini ditulis oleh 100% warga Malaysia.
Read more…




Recent Comments