Passionate About Blogging » MyKad

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Antara tugas Jabatan Kebajikan adalah untuk mengenalpasti mereka-mereka yang diketegorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), mendaftar mereka dengan pihak jabatan serta mengeluarkan kad pengenalan diri OKU. Kad ini akan memudahkan OKU untuk berurusan dan mendapatkan kemudahan serta diskaun di tempat-tempat tertentu. Kad ini juga diperlukan bagi pendaftaran di sekolah-sekolah pendidikan khas dan lain-lain institusi tertentu.

Pendaftaran OKU bukanlah proses yang mudah. Ia perlukan OKU untuk berjumpa dengan beberapa doktor pakar bagi mengesahkan mereka benar-benar kurang upaya. Bagi setengah-setengah kes dan tempat, temujanji dengan doktor-doktor pakar ini mengambil masa berbulan lamanya. Manakala, dokumen-dokumen hendaklah disahkan oleh Jabatan-Jabatan berkenaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak hospital.

Oleh itu, kadang-kadang rasa kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terlalu lembab dan menyedihkan. Saya tidak gemar untuk bergaduh atau membuat aduan kepada pihak-pihak berkenaan, namun adakalanya kesabaran saya agak teruji. Cuba baca situasi di bawah dan nyatakan pandangan anda terhadap hal ini.

Beberapa bulan lalu saya menghantar permohonan pendaftaran OKU dan kad OKU bagi anak saya yang mempunyai masaalah autisme. Untuk maklumat semua kad OKU bukanlah canggih seperti MyKad, hanyalah sekeping kad biasa yang di laminate bagi menunjukkan seseorang itu berdaftar sebagai OKU. Setelah lama menunggu tanpa berita, saya pun pergilah ke Jabatan bagi bertanyakan status pendaftaran, namun saya merasa terkejut apabila diberitahu nama anak saya tiada dalam rekod. Saya tidak ingat nama pegawai yang menerima borang permohonan saya, namun tuhan maha kaya – sebelum saya menghayun kaki keluar dari pejabat mereka, pegawai tersebut muncul di kaunter atas urusan tertentu. Saya masih ingatkan wajah beliau dan mendesak beliau mencari fail anak saya. Terkejut bila saya mendengar bila beliau menyatakan beliau mungkin terbawa pulang ke rumah dan lupa di mana beliau meletakkannya. Rasa mahu dosshhhhh aje satu kali. Sabar! Cubaaannn……

Saya pun mengumpul semula dokumen-dokumen dan mendapatkan pengesahan dari pihak-pihak berkenaan, namun bila saya kembali ke Jabatan dua minggu kemudian, pegawai tersebut menyatakan beliau sudah terjumpa fail anak saya dan sedang memproseskannya. Cubaannn…. Saya pun bertanya berapa lama proses bagi pengeluaran kad tersebut. Mengikut, pegawai tersebut, lebih kurang 3 hingga 4 minggu lamanya. Cubaaann… lagi.

Sebulan kemudian, iaini awal bulan Oktober, saya kembali untuk bertanyakan status permohonan, tetapi diberitahu ia masih belum siap. Menurut pegawai itu lagi, dokumen-dokumen telah beliau periksa dan serahkan ke ibu pejabat untuk ditandatangani oleh Pengarah. Cubaaan….

Memandangkan cuti sekolah hampir tiba dan terlalu lewat untuk menguruskan urusan dengan unit pendidikan khas, maka saya pun tidak lagi menggangu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat buat sementara waktu. Akan tetapi, menjelang musim persekolahan bermula, iaini akhir bulan Disember, saya pun menjengok sekali lagi Jabatan ini. Ya, tuan-tuan dan puan-puan,  pendaftaran dan kad masih belum siap lagi!!! Alamak, cubaan sekali lagi… Berapa banyak kali cubaan ni daa..?

Semasa di kaunter, terdapat pegawai yang lain bertugas pada waktu itu dan menurut beliau, dokumen telah dihantar ke Ibu Pejabat pada 30hb Oktober!!!! Ha ha kantoi pegawai mereka, nampak benarlah tidak jujur dalam menjalankan tugas. Sudahlah lambat, tidak jujur pula, macam manalah mahu menjaga kebajikan masyarakat?

Saya hairan mengapa proses pendaftaran begitu lama sedangkan dokumen-dokumen telah disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan dokumen itu sendiri? Apa yang susah sangat untuk mengeluarkan kad sebesar name card yang di laminate bagi keperluan orang-orang kurang upaya? Saya mungkin tidak kisah sangat dan cuma berminat pada kad bagi tujuan pendidikan anak saya. Tapi bayangkanlah mereka yang miskin dan susah, yang tinggal jauh di pendalaman dan menunggu kad yang tidak muncul-muncul itu? Kesian bila memikirkan nasib mereka. Untuk pengetahuan anda semua, pada bulan April tahun lalu, saya diberitahu, pihak Jabatan memohon untuk pendaftaran ISO 9001. Tidak pula saya check apa status permohonan mereka.

- Passionate About Blogging

Related Posts

November 19, 2008 — Terlalu Istimewa (28)

June 10, 2010 — Kad Orang Kurang Upaya (Kad OKU) (0)