Kad OKU – Bagi mereka yang mempunyai anak-anak kurang upaya atau lebih sesuai kita panggil kanak-kanak istimewa, adalah amat penting bagi anda mendaftarkan anak-anak anda dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menempatkan mereka di sekolah kanak-kanak yang seperti mereka. Ini amat perlu kerana, kebanyakkan mereka sukar untuk mengikuti pembelajaran dalam aliran biasa – akibatnya mereka akan merasa terpinggir dan kecewa.
Kad Orang Kurang Upaya atau Kad OKU boleh di pohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mengisi borang yang disediakan. Beberapa dokumen lain seperti sijil lahir yang diSAHkan oleh Jabatan Pendaftaran perlu juga dilampirkan. Proses akan memakan sedikit masa dan Ibubapa harus SABAR berulang-alik ke Jabatan tertentu dan hospital sebelum Kad OKU ini diperolehi. Kerenah sesetengah penjawat awam turut perlu dihadapi dengan sabar bagi kebaikan bersama.
Read more…





Recent Comments