Passionate About Blogging » Jabatan Kebajikan

Terlalu Istimewa
Saya akui penguasaan Bahasa Inggeris saya masih lemah. Masih terdapat banyak kesilapan dari segi tatabahasa mahupun ejaan. Namun, itu yang membuatkan saya gemar menulis dalam bahasa tersebut kerana ianya memberi peluang kepada saya memperbaiki kelemahan tersebut. Jika setakat membaca sahaja tanpa praktikal, rasanya susah untuk berkembang. Mungkin orang lain senang faham dengan setakat membaca tetapi saya pasti bukan semua.

Sebagai rakyat Malaysia, berbangsa melayu, sesekali sekala ingin saya menulis dalam bahasa ibunda saya sendiri. Bahasa menunjukkan bangsa, malah dalam kontek global ia menunjukkan negara juga. Kita pelajari bahasa asing adalah sebagai suatu ilmu pengetahuan mungkin berguna di masa-masa akan datang, namun bahasa sendiri yang wajar kita sentiasa sanjungi dan bangga selalu. Untuk kali ini dan mungkin lebih kerap akan datang, saya akan menulis dalam bahasa Malaysia juga di blog ini. Bagi ramai yang masih tidak pasti – blog ini ditulis oleh 100% warga Malaysia.

Tidak lama dahulu, saya ada menulis di blog lama saya mengenai kepayahan dalam menguruskan pedaftaran anak di sekolah pendidikan khas. Blog tersebut kini sudah tiada di alam siber ini selepas saya membuat keputusan untuk tidak memperbahrui domain saya yang lama. Banyak artikel yang saya pindahkan ke blog ini dan yang blog saya yang satu lagi termasuk artikel tersebut. Namun, kecuaian didalam menguruskan database menyebabkan artikel tersebut kini lenyap terus. [Sorry, my bad!].

Dua tahun berlalu dan tuhan telah menganugerahkan saya bukan satu tetapi dua orang cahaya mata yang menghadapi masaalah pembelajaran dan perlu di tempatkan di pendidikan khas. Dalam tempoh dua tahun, saya mendapati proses di hospital dan Jabatan Pendidikan telah menjadi lebih cepat, manakala di Jabatan Kebajikan Masyarakat ia masih di takuk lama, kalau tidak lebih teruk lagi.

Bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai anak-anak istimewa ini, anda bolehlah google di internet dan cari artikel mengenai autisme. Terdapat beberapa jenis kes-kes sebegini dari yang hampir ke down syndrome kepada yang hanya “mild autism”. Tanda awal boleh dilihat dari segi sebutan mereka, kurangnya “eye contact” dan kurang bersosial. Dari segi penampilan, mereka kelihatan normal, namun sifat-sifat di atas jika dibiarkan akan mengakibatkan kanak-kanak sebegini menghadapi banyak kesukaran sewaktu di sekolah. Maka, mereka terpaksa di tempatkan di sekolah khas atau di kenali sebagai pendidikan khas.

Sebelum boleh berada di pendidikan khas, ibu bapa hendaklah memohon terlebih dahulu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ambil 4 salinan borang dari Jabatan dan bawanya ke hospital bagi mendapatkan pengesahan dari doktor. Proses ini memakan masa yang lama memandangkan anda terpaksa membuat temujanji dengan doktor biasa, doktor kanak-kanak dan doktor pakar. Pelbagai ujian seperti pendengaran turut dibuat bagi memastikan kanak-kanak ini tidak mempunyai sebarang kecacatan lain dan sebagainya. Dua tahun lalu, proses ini mengambil masa hampir setengah tahun, tapi tahun ini, pihak hospital telah uruskannya dalam tempoh 2 bulan sahaja. Syabas, pihak hospital.

Satu salinan borang akan disimpan oleh pihak hospital, manakala yang tiga lagi akan disimpan oleh Jabatan Pendidikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ibubapa.

Ibubapa hendaklah mendaftarkan anak-anak ini sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Borang akan dihantar ke Jabatan berserta kad pengenalan ibu bapa dan sijil lahir kanak-kanak yang telah disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran SAHAJA! 4 keping gambar kanak bersaiz passport perlu disertakan bersama-sama. Proses sepatutnya memakan masa 3 hingga 4 minggu sahaja. Namun, saya terpaksa menunggu lebih 4 bulan kerana pegawai yang menguruskan telah tersalah letak borang dan mengambil sikap berdiam diri tanpa menghubungi saya. Amat mendukacitakan.

Pada masa yang sama, Jabatan Pendidikan akan menguruskan penempatan anak-anak istimewa di lokasi yang paling hampir dengan rumah mereka. Di sekolah ini, mereka akan bergaul dengan rakan-rakan yang seperti mereka juga. Kelas bagi kanak-kanak sebegini adalah kecil dan terdapat sesi satu dengan satu dengan guru-guru setiap hari. Mereka tidak ada peperiksaan tetapi pencapaian dan kemajuan mereka diukur dan disampaikan kepada ibubapa setiap penggal. Terdapat kes-kes yang mana kanak-kanak sebegini dipindahkan kembali ke sekolah biasa setelah pandai bertutur dengan baik dan membaca. Namun, mereka tetap menghadapi kesulitan bila bersaing dengan kanak-kanak yang normal dalam pencapaian akademik.

Satu perkara mengenai anak-anak ini, mereka amat jujur sekali dalam komunikasi dan sangat penyayang terutama kepada saudara kandung mereka sendiri. Anak saya pernah berkata kepada saya dulu dan buat saya jadi tersebak. Katanya kepada saya “Saya tahu saya tidak pandai macam budak lain. Apa yang saya boleh buat untuk buat bapa menyayangi saya?” Saya cuma tergaman dan diam kerana tidak menyangka perkataan yang sedemikian boleh keluar dari mulutnya. Saya cuma mampu memeluknya erat dan dalam hati saya berkata “Bapa sentiasa menyayangimu nak”. Sesungguhnya mereka ini amat istimewa. Terlalu istimewa buat saya.

- Passionate About Blogging

Related Posts

January 13, 2009 — Jabatan Kebajikan Masyarakat (13)

June 10, 2010 — Kad Orang Kurang Upaya (Kad OKU) (0)