Jabatan Kebajikan Masyarakat
Antara tugas Jabatan Kebajikan adalah untuk mengenalpasti mereka-mereka yang diketegorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), mendaftar mereka dengan pihak jabatan serta mengeluarkan kad pengenalan diri OKU. Kad ini akan memudahkan OKU untuk berurusan dan mendapatkan kemudahan serta diskaun di tempat-tempat tertentu. Kad ini juga diperlukan bagi pendaftaran di sekolah-sekolah pendidikan khas dan lain-lain institusi tertentu.
Pendaftaran OKU bukanlah proses yang mudah. Ia perlukan OKU untuk berjumpa dengan beberapa doktor pakar bagi mengesahkan mereka benar-benar kurang upaya. Bagi setengah-setengah kes dan tempat, temujanji dengan doktor-doktor pakar ini mengambil masa berbulan lamanya. Manakala, dokumen-dokumen hendaklah disahkan oleh Jabatan-Jabatan berkenaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan pihak hospital.
Oleh itu, kadang-kadang rasa kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terlalu lembab dan menyedihkan. Saya tidak gemar untuk bergaduh atau membuat aduan kepada pihak-pihak berkenaan, namun adakalanya kesabaran saya agak teruji. Cuba baca situasi di bawah dan nyatakan pandangan anda terhadap hal ini.
Beberapa bulan lalu saya menghantar permohonan pendaftaran OKU dan kad OKU bagi anak saya yang mempunyai masaalah autisme. Untuk maklumat semua kad OKU bukanlah canggih seperti MyKad, hanyalah sekeping kad biasa yang di laminate bagi menunjukkan seseorang itu berdaftar sebagai OKU. Setelah lama menunggu tanpa berita, saya pun pergilah ke Jabatan bagi bertanyakan status pendaftaran, namun saya merasa terkejut apabila diberitahu nama anak saya tiada dalam rekod. Saya tidak ingat nama pegawai yang menerima borang permohonan saya, namun tuhan maha kaya – sebelum saya menghayun kaki keluar dari pejabat mereka, pegawai tersebut muncul di kaunter atas urusan tertentu. Saya masih ingatkan wajah beliau dan mendesak beliau mencari fail anak saya. Terkejut bila saya mendengar bila beliau menyatakan beliau mungkin terbawa pulang ke rumah dan lupa di mana beliau meletakkannya. Rasa mahu dosshhhhh aje satu kali. Sabar! Cubaaannn……
Saya pun mengumpul semula dokumen-dokumen dan mendapatkan pengesahan dari pihak-pihak berkenaan, namun bila saya kembali ke Jabatan dua minggu kemudian, pegawai tersebut menyatakan beliau sudah terjumpa fail anak saya dan sedang memproseskannya. Cubaannn…. Saya pun bertanya berapa lama proses bagi pengeluaran kad tersebut. Mengikut, pegawai tersebut, lebih kurang 3 hingga 4 minggu lamanya. Cubaaann… lagi.
Sebulan kemudian, iaini awal bulan Oktober, saya kembali untuk bertanyakan status permohonan, tetapi diberitahu ia masih belum siap. Menurut pegawai itu lagi, dokumen-dokumen telah beliau periksa dan serahkan ke ibu pejabat untuk ditandatangani oleh Pengarah. Cubaaan….
Memandangkan cuti sekolah hampir tiba dan terlalu lewat untuk menguruskan urusan dengan unit pendidikan khas, maka saya pun tidak lagi menggangu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat buat sementara waktu. Akan tetapi, menjelang musim persekolahan bermula, iaini akhir bulan Disember, saya pun menjengok sekali lagi Jabatan ini. Ya, tuan-tuan dan puan-puan, pendaftaran dan kad masih belum siap lagi!!! Alamak, cubaan sekali lagi… Berapa banyak kali cubaan ni daa..?
Semasa di kaunter, terdapat pegawai yang lain bertugas pada waktu itu dan menurut beliau, dokumen telah dihantar ke Ibu Pejabat pada 30hb Oktober!!!! Ha ha kantoi pegawai mereka, nampak benarlah tidak jujur dalam menjalankan tugas. Sudahlah lambat, tidak jujur pula, macam manalah mahu menjaga kebajikan masyarakat?
Saya hairan mengapa proses pendaftaran begitu lama sedangkan dokumen-dokumen telah disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan dokumen itu sendiri? Apa yang susah sangat untuk mengeluarkan kad sebesar name card yang di laminate bagi keperluan orang-orang kurang upaya? Saya mungkin tidak kisah sangat dan cuma berminat pada kad bagi tujuan pendidikan anak saya. Tapi bayangkanlah mereka yang miskin dan susah, yang tinggal jauh di pendalaman dan menunggu kad yang tidak muncul-muncul itu? Kesian bila memikirkan nasib mereka. Untuk pengetahuan anda semua, pada bulan April tahun lalu, saya diberitahu, pihak Jabatan memohon untuk pendaftaran ISO 9001. Tidak pula saya check apa status permohonan mereka.
- Passionate About Blogging




Hm . . . Saya tak mengira ini masih terjadi di sini pak . . .
Ismail N: Nampaknya begitulah situasinya di sini. Apa boleh buat?
[Reply]
melampaunye..
Ismail N: Begitulah kisahnya….
[Reply]
Salam, En. Ismail, saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai OKU, boleh En Ismail berikan saya alamat email di mana untuk kita berurusan? Saya sedang mengumpul maklumat berkenaan masalah OKU. Harap En Ismail dapat membantu.
Ismail N: Saya tidak boleh letakkan di sini, nanti kena spam pulak, maaf ye. Anda boleh turunkan soalan di sini atau add saya di facebook, jika ada akaun.
[Reply]
Saya pun mengalami masalah yang sama seperti anda, mempunyai anak autisme dan menghantar borang permohonan OKU sekitar Julai tahun lalu tetapi sudah beberapa kali saya pergi ke jabatan kebajikan bertanyakan status kad anak saya dan kadangkala menelefon tetapi masih belum ada. Saya terfikir apakah borang permohonan OKU anak saya tercicir dan terfikir untuk mengisi borang sekali lagi, tetapi mengingatkan proses spt mendapat pengesahan daripada doktor pakar lagi sedangkan berurusan di hospital pun mengambil masa dekat sehari menyebabkan saya serba-salah hendak menunggu atau mengisi borang semula…
[Reply]
nak tnya nie …
macamana org biasa boleh dapat kad oku ?
tolong arah kan pegawai datang ke kondominium mutiara bandar perda bukit mertajam pulau pinang ( block C ) dimana pemegang kad oku tinggal kat kondo , naik keta waja , moto skuter , belagak samseng lagi tetapi pemegang kad oku & dapat macam2 keistimewaan … cam mana nie …
[Reply]
Saya tak ada la sampai bermasalah mcm ni semasa apply kad OKU utk anak saya (juga autistik). Tapi bila kad dah diambil, dlm perjalanan nak balik rumah JKM telefon suruh dtg balik sbb Pengarah JKM Negeri tak tandatangan belakang kad OKU anak saya. Sabar aje la!
[Reply]
Ismail N Reply:
October 20th, 2009 at 9:16 am
Terima kasih atas komen dan maklumat yang anda berikan Intan.
Benar, sabar ajelah kan.
[Reply]
sy adalah merupakan pegawai JKM di salah sebuah pejabat kebajikan…kepada en. yang complaint.. disini bukan tempatnya..kalau benar masalah ini terjadi, sila buat aduan di talian Nur, biro aduan,ataupun dilaman web JKM agar perkara ini diperbaiki bukannya terus dikutuk begini…
[Reply]
Ismail N Reply:
October 23rd, 2009 at 7:59 pm
Maaflah cik/puan puteri kalau tersinggung. Saya bukan mahu komplain sebab kalau komplain – ya, saya buat di tempat yang sepatutnya tetapi ini blog peribadi, maka ia adalah luahan rasa. Di tempat kami, masaalah ini bukan kecil lagi, malah pernah di luahkan di akhbar oleh aktivis tempatan. Malah, dikalangan ibu bapa ianya bukan perkara rahsia lagi.. ramai yg merasai pengalaman yang saya rasa. Cuba bacalah antara komen ibu bapa diatas dan pelbagai blog peribadi lain. Seharusnya JKM sudah lama sedar akan masaalah ini. Yang saya ceritakan di atas cuma satu contoh sahaja, ibu bapa lain ada cerita yang lain lagi. Janganlah anggap saya nak mengutuk – saya hargai kerjasama semua jabatan kerajaan tetapi tak bermakna mereka tidak boleh menerima kritikan langsung. Kira ok lah saya yg terima nasib begini, kalau mereka yang panas baran? Baguslah mereka baca di sini dulu agar tidak terkejut dan mengamuk.
Saya pun tak perfect juga – ada banyak kelemahan, tetapi taklah saya malu terima hakikat itu. Jadi JKM janganlah cepat lemah semangat bila orang bercerita tentang mereka. Akan tetapi ambil insiatiflah agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. Kalau sudah ada improvement, kami pun suka dan tumpang rasa bangga.
[Reply]
laxsamana Reply:
January 2nd, 2010 at 1:28 pm
cik puteri sy pn slh sorg kakitangan jkm…ape yg cik puteri kata kan tu smua nye HABUK saje…..sy da 26thn berkhidmat sy tahu la mcmanae staff krjaan tu hnya bberape org saje yg cekap,amanah….
[Reply]
bukan tak blh terima kritikan..tp perkara sebegini harus diutarakan ke saluran yg betul supaya ianya dapat diambil tindakan…
[Reply]