Tom Tom Bak
Baru-baru ini saya menonton rancangan Tom Tom Bak di Astro Ceria bersama anak-anak saya. Rancangan yang dihoskan oleh pengacara popular Aznil Nawawi ini amat popular dikalangan anak-anak, terutama yang masih di sekolah rendah. Ia mengumpulkan bakat kanak-kanak di seluruh tanahair dan menampilkannya dikaca television sebagai hiburan keluarga.
Saya suka rancangan yang bercorak pendidikan dan bagi saya Tom Tom Bak turut menyelitkan unsur-unsur pendidikan yang boleh membantu anak-anak saya. Tambahan pula, konsepnya menghiburkan membuatkan kanak-kanak terpaku selama setengah jam rancangan ini ditayangkan. Namun terdapat beberapa isu dalam rancangan ini yang membuatkan saya rasa dukacita.
Pertamanya, saya rasa bahagian sketsa atau drama hendaklah ditapis dan diteliti skripnya. Terdapat sketsa-sketsa yang menonjolkan anak-anak bercakap dengan KASAR dan kurang hormat terhadap orang tua, terutamanya kepada guru-guru dan ibubapa. Ini amat dikesali kerana ia boleh mempengaruhi kanak-kanak terutama yang taksub pada rancangan ini.
Keduanya, saya rasa adakalanya, make-up dan pakaian yang dikenakan terhadap anak-anak ini agak “over the top” dan tidak sesuai bagi mereka. Mungkin ibubapa mereka tidak kisah, namun sebagai orang dewasa kita harus punyai sikap tanggungjawab dan membantu menyerapkan nilai-nilai murni dalam pendidikan kanak-kanak. Kata orang-orang tua, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya” , dan jangan disebabkan “nila setitik , rosak pula susu sebelanga”.
- Passionate About Blogging






Tie tak ada astro sekarang. Tapi dulu pernah tengok rancangan kanak2 yang dikendali Aznil tu.. Memang hebat, tapi seperti kata Ismail, anak2 tu macam digalakkan berkasar dan over sikit… tak sesuailah kita ni orang timur… tak boleh ikut 100% orang barat tu… (mak bapak mereka pun dipanggil nama je..)Elok dari kecil diasuh supaya lebih sensitive…contohnya dari segi pakaian tu… bak kata pepatah, kalau nak lentur buluh biarlah dari rebungnya…hihi..
Ismail N: Berhibur berhibur jugak kan? Tapi tak boleh lah over, nanti anak-anak besar jadi tak tentu hala, melawan mak bapak, siapa yg salah? takkan mereka dan keluarga mereka…
[Reply]
anak2 saya sangat suka tengok citer itu… sanggup tinggal di rumah daripada mengikut ibunya pergi berjalan-jalan!
hmm
Tu anak saya yg baru menginjak usia 5 thn tu!
Ismail N: Saya suggest once a while, you tgk sama & see samada apa yg saya tulis ngam, otherwise mungkin saya ter over!
[Reply]
Anda boleh duka cita, tapi menurut saya itu sudah riset khusus, silahkan dukacita dengan siaran televisi kita ini. Masa anak-anak kurang bagus juga kalau diarahkan satu jurus. nanti, dia jadi penurut dan tidak berkembang…jadi biarkanlah itu berlangsung dengan normal..artikel anda menarik juga …http://standarpenilaian.blogspot.com/
Ismail N: Terima kasih atas komen anda. Ya minda anak-anak perlu dibiarkan berkembang tetapi bagi saya hanya selepas mendapat pendidikan secukupnya agar boleh dibezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Pada tahap pendidikan rendah, kanak2 biasanya menyerap sahaja apa sahaja maklumat yang diterima.
[Reply]
nak duduk bersila dgn anak tu bukan tak boleh…
cuma takut bapaknya termanggu sama. Gian menegok citer tom tom bak tu…..
hmm
tu hari teman kan dia tengok citer Putera Shazlan pun bapaknya dah ternanti2 siri seterusnya….apatah lagi citer mcm tu…..hahaha
teruk betul bapak eah…hehehhe
Ismail N: Hmmmm…
adi & abah, geng bas sekolah, kapten boleh and the list goes on and on… tidur depan tv la bapaknya sekali.. ha ha
[Reply]
I love to be a silent reader tapi bila sampai topic TTB ni teringin nak bagi komen sket. I totally agree with u. My both daughter peminat setia TTB.As you said, memang kadang2 ada segmen yg tak berapa sesuai untuk tontonan kanak2.Malah jadi semakin tak sesuai bila anak implementasi masa cakap ngan mama dia. Sangat sumbang bunyinya!Probably lepas ni , kita patut lebih prihatin dgn apa yg anak kita tgk, baca dan tonton!
Ismail N: Thank you. Saya setuju kita patut monitor apa yg anak kita tonton di tv. Mahu suruh diaorg jgn siarkan tak boleh juga kan. So as a parent, kita kena terangkan, mana yg patut diikuti dan mana yg tidak boleh. Tidur depan tv la kita cam ni..
[Reply]
suke rancangan ni
Ismail N: Peminat aznil ke ni?
[Reply]
Bagi saya pula, rancangan seperti Barney and Sesame Street paling bagus untuk kanak-kanak. Di samping dapat memperbaiki Bahasa Inggeris kanak-kanak ia juga dapat member banyak ilmu pengetahuan.
Rancangan seperti Macam-macam Aznil bagi saya hanyalah hiburan ringan buat kanak-kanak seperti Akademi Fantasia buat orang dewasa di mana apa yang kita pelajari ialah hiburan ringan semata-mata.
Maaf jika komen saya agak tajam dan tidak disenangi oleh mana-mana pihak.
Ismail N: Ya, saya setuju Sesame Street agak bagus utk kanak2, tetapi ada sedikit reservation dgn Barney. Rancangan-rancangan hiburan sekarang byk pentingkan aspek komersial, jadi bimbangan ibubapa diperlukan.
[Reply]
Maaf, maksud saya Tom Tom Bak bukan Macam-macam Aznil.
Ismail N:
[Reply]
Btw bro, apa maksud La Mer? I like this kind of song. Sangat romantik! Rasa macam di Paris pula
Ismail N: Laut…. Ha ha lagu bahasa Perancis memang romantik. Wait, for the next song pulak.
[Reply]
Sy pun ada perasan jugak.. cuma kurang menghayati rancangan nie coz xde astro huhuhu
out of topic–> thank bro… hope terus menyokong usaha MalayaOnline
Ismail N: You’re welcome. Aisey, mcm mana pemimpin tak ada Astro? Cam na nak ikuti perkembangan terkini?
[Reply]
Anda di tagged. Visit my blog & buat tau…
Ismail N: Wokey. no problem…
[Reply]
mm,bukan budak2 je yang boleh terkhusyuk layan tom tom bak ni,saye pun same..hehe..
tapi ada betulnya kata sdr Ismail N.. bab2 yang kdg2 over cthnye costume n skrip bdk2 etc; mmg patut diambil perhatian..bukan ape,yang masuk rancangan ni pun kebanyakannya anak-anak melayu kita..taknaklah yang di luar ni anggap semuanya tu betul dn bagus, n pakat2 nak tiru belaka..
anyway,enjoy our time with the children is the best..tgk tv same2 ngan mereka ke,at least kita boleh pantau n tegur sekiranya apa yg dlm tv tu tak relevan dengan kita; org timur yg kaya budi bahase..
Ismail N: Actually rancangan ni menarik dan menghiburkan, cuma penekanan yg lebih terhadap aspek komersial yg buat nya kurang baik buat anak2. Ya, maybe kita patut tgk sama2 kalau ada masa. Enjoy jugak sambil jadi cikgu sambilan di rumah.
[Reply]
Ooops….sorry
Tie tak tahu kenapa tak boleh nak komen tajuk tag tu….
Memang saja tutup ke komen box tu??
Dah singgah banyak kali, tapi macam ada problem je…
[Reply]
Looks like your question thing at the end of the post worked. Also not having to sign in is nice too. Good job. Nice list. Thanks.
[Reply]