Passionate About Blogging

Ramadhan


 Powered by Max Banner Ads 

Diam tak diam, sudah setahun berlalu dan kini Ramadhan menjelma lagi. Rasanya bagai baru semalam saya membangunkan anak kedua saya untuk makan sahur dan seterusnya melatih diri berpuasa buat pertama kali dalam hidupnya. Tahun ini pastinya beliau akan lebih tabah dan berusaha memperbaiki prestasi tahun lalu dan moga-moga menjadi anak yang soleh dan beriman  kepada Allah s.w.t. Insya-allah.

Di sini ingin saya bercerita sedikit mengenai pengalaman saya berpuasa di zaman kanak-kanak dahulu. Zaman kanak-kanak memang merupakan zaman yang terindah buat semua insan di dunia ini. Apa tak indahnya, semuanya disediakan oleh ibu bapa, kurang tanggungjawab dan banyak masa dihabiskan dengan bermain sahaja. Seronokkan?

Saya ini memang nakal sedikit masa kecil, jadi tak hairanlah kalau masa kanak-kanak dulu selalu ‘skip’ puasa. Cuma yang peliknya budak-budak, bila ‘skip’puasa tu bukan sebab lapar tetapi sengaja menunjukkan sifat kenakalan. Zaman 70-an dan diikuti oleh 80-an benda yang ‘BAD’ nampak menarik di mata kanak-kanak. Zaman ini pula benda-benda yang ‘violence’ atau ganas menjadi tarikan remaja. Ibubapa jika tidak berhati-hati mendidik kanak-kanak di zaman ini, pastinya menghadapi pelabagai masaalah dan dugaan besar bila mereka dewasa. Berhati-hatilah ya!

Berpuasa di kampung memang istimewa sebab semangat kejiranan amat kuat di kalangan warga kampung terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman. Satu keluarga biasanya menyediakan satu juadah sahaja setiap hari dan akan ditukar dengan jiran-jiran sehingga menjadi banyak juadah untuk di makan pada waktu berpuasa puasa. Bab pergi ke rumah jiran-jiran dan membuat penukaran ini memanglah seronok bagi kanak-kanak. Ramai yang sanggup ‘volunteer’. Kadang-kadang dapat tips bila buat kerja ni. Budak-budak lah katakan.

Selepas terawih, biasanya saya dan rakan-rakan tidak terus pulang ke rumah. Kami berkumpul di rumah seorang rakan yang laman rumahnya luas dan bermain-main sehingga lewat malan atau bila ibu bapa kami panggil pulang. Biasanya kami bermain ‘polis dan pencuri’ atau ‘sembunyi-sembunyi’ . Bila dekat-dekat hendak raya, mercun mula menjadi permainan utama kami pula. Walaupun saya nakal, saya agak ‘cautious’ juga. Saya tak berani bermain meriam buluh mahupun pergi dekat dengannya bila dimainkan oleh rakan-rakan. Gerak hati saya selalu tak yakin dengan kekuatan buluh meriam dan sering saya terbayang ianya akan pecah dan mencederakan kami semua. Saya lebih suka bermain bom yang dibuat sendiri daripada antena TV. Yang guna paip air, saya tak berani buat. Bayangkanlah, bom yang diperbuat dari antena TV yang kami letakkan di pokok pisang boleh menumbangkan pokok tersebut, jadi bayangkanpula kekuatan bom paip air. Palis-palis kata orang Sabah.

Selalunya di waktu tengahari adalah waktu yang mencabar bagi semua orang bila waktu puasa. Al-maklumlah sudah biasa hari-hari makan tengahari. Tambahan pula, waktu ini waktu yang panas – matahari sedang terik, maka perut berkeroncongan dan mata mula mengerling ke arah jam di dinding. Puhh lama lagi nak buka … cubaaaannnn…. Bila dah petang dan dekat nak muka, semua tekanan mula hilang. Tiba-tiba ada power semula. Masih bertenaga untuk bermain bolasepak atau badminton semula waktu berbuka. Kadang-kadang bila dah seronok sangat, terlupa waktu berbuka dah masuk. Kelam-kabut balik rumah bila ibu bapa panggil untuk berbuka.

Saya rasa ramai yang punyai pengalaman lebih menarik dari saya. Feel free untuk ceritakannya di sini. Akhir kata, sambutlah salam Ramadhan untuk semua. Jangan ponteng puasa. Ok.

PNB Kini Dalam Bahasa Malaysia Had Umur Bercinta?