Passionate About Blogging

Berbaloi Ke Ni?


 Powered by Max Banner Ads 

Hari Raya hampir menjelang tiba. Tinggal lebih kurang 9 hari saja lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari gembira ini. Persiapan awal telah mula dibuat bagi mengelakkan keadaan kelam kabut apabila tibanya 1 Syawal. Pakaian baru, kuih-muih, hiasan rumah dan sebagainya perlu disediakan – setahun sekalilah katakan. Mesti nak happy happy sikit!

Hari ini, saya dan keluarga saya pergi membeli-belah serba sedikit. Budak-budak perlu dibawa bersama bagi mengelakkan tersalah saiz dan sebagainya. Anak-anak saya bersekolah di sebelah pagi, jadi kami mempunyai masa yang terluang disebelah petang untuk keluar ber ‘shopping’. Lebih kurang pukul 2 petang, kami pun bertolak ke pasaraya yang berdekatan dengan rumah kami. Memandangkan ‘shopping’ dengan ‘wife’ (dan keluarga), maka saya akan cuba ingat pesanan blogger Kujie dalam salah satu posting di blognya.

Sedang sibuk-sibuk membeli belah, saya terpandang satu kasut budak kecil yang amat ‘çute’. Belek punya belek, ternampak lah harganya (lihat gambar di bawah).

Klik pada gambar untuk besarkan

Klik pada gambar untuk besarkan

Amboi amboi macam kasut orang tua harganya. Berdasarkan saiz kasut itu, ianya cuma sesuai untu baby berumur 3 bulan hingga 6 bulan sahaja.  Anak saya yang kecil berumur lapan bulan tidak muat kasut tu. Tak tahulah kenapa ada orang sanggup beli barang sebegini (biar pun kaya sekalipun) sebab ianya benar-benar membazir. Selain daripada baby cuma boleh guna untuk beberapa bulan sahaja, keselesaan kasut tidaklah penting sangat buat baby sebab dia belum boleh berjalan lagi.

Gaji Maid RM800, Berapa Tinggal Gaji Kita? Selamat Hari Raya Aidilfitri