Gaji Maid RM800, Berapa Tinggal Gaji Kita?
Permintaan gaji melampau ‘maid’ Indonesia jika dibenarkan akan mengakibatkan ramai isteri-isteri (atau suami) berhenti kerja dan mengambil alih tugas menjaga rumah dari pembantu rumah negara jiran. Memandangkan agak sukar hendak mendapatkan pembantu rumah tempatan, maka situasi sebegini amat merunsingkan ramai keluarga di negara ini. Tambahan pula, ramai warga Indonesia yang masuk secara sendirian (tanpa bantuan agensi) turut ‘jual mahal’ bila mereka lebih ‘prefer’ untuk mengambil resiko berkerja di restoran daripada menjadi pembantu rumah. Akibatnya, tenaga kerja bagi sektor ini berkurangan dan dalam ekonomi apabila permintaan melebihi penawaran, maka berlakulah kenaikan harga (gaji perkerja). Cuba baca petikan di bawah:
PETALING JAYA: Indonesia’s demand that its maids be paid a minimum RM800 monthly salary has hit a raw nerve among Malaysians. “Not all of us are getting a four-figure pay packet . Wait for us to progress, then such a request can be deemed feasible,’’ Malaysian Association of Tour and Travel Agents (Matta) Kedah chapter chairman Pishol Ishak said.
He said many Matta members could not afford to pay RM800 monthly to their general workers, what more a similar sum for foreign maids. Calling for rationality, he said: “As much as we value the role played by maids, particularly from Indonesia, the salary expectation must be in tandem with the earning power of Malaysians too.” Indonesian ambassador to Malaysia Da’i Bachtiar has been quoted in press reports as saying that the republic is pressing for the minimum wage following cases of maid abuse by Malaysian employers – The Star Online
Bagi saya, RM800 adalah amat tinggi, malah RM600 yang telah dipersetujui sebelum ini pun tinggi juga. Ini kerana, tidak seperti kerja lain, pembantu rumah dibekalkan dengan tempat tinggal, makanan dan di setengah-setengah rumah pakaian sekali. Kos menanggung pembantu rumah ini sebenarnya mencapai hampir RM 1,000 sebulan, jadi berapalah tinggal gaji kita?
Bagi saya, jika pembantu rumah ini yang terlatih dan cekap menjalankan tugas serta di tempatkan di rumah banglo yang besar serta banyak kerjanya, maka berbaloilah membayar RM800 sebulan. Tetapi jika yang mengajikanya cuma tinggal di rumah teres 1 tingkat dan skill berkerjanya tak seberapa, patutkah di bayar sebegitu tinggi? Terdapat ramai graduan di negara ini yang berkerja di pejabat tetapi gajinya tidak sampai RM 1,000. Wajarkah mereka ini berkerja dalam sektor ‘domestik’ ini. Hairan juga mengapa kita terpaksa menerima gaji minima untuk perkerja asing, akan tetapi tiada peruntukan undang-undang bagi gaji minima pekerja tempatan?
Saya tinggal di Sabah yang mana taraf hidup penduduk di sini amat rendah dan saya amat bersimpati sekali. Ada kerani-kerani lepasan STPM dan SPM yang berkerja lebih 5 tahun dan masih lagi menerima RM 500 – RM 600 sebulan. Sementara itu di kilang-kilang dan sektor industri berat masih lagi terdapat perkerja yang cuma dibayar RM 400. Amat menyedihkan dan saya memohon agar Kementerian Sumber Manusia agar peka dan melihat kepada situasi mereka ini pula.
Bagi saya jika kerajaan Indonesia ‘jual mahal’, kita wajar lihat alternatif lain seperti di Filipina dan Myanmar. Namun, tapisan perlu dibuat memandangkan perbezaan budaya yang lebih besar berbanding dengan pekerja dari Indonesia. Pihak imigresen dan polis juga wajar menjalankan banyak serbuan ke atas restoran-restoran yang tak bertanggungjawab mengambil perkerja Indonesia ini, sekaligus mengurangkan ‘pembantu rumah’ dalam pasaran. Undang-undang negara ini tidak membenarkan mereka berkerja di sektor tersebut tetapi ramai yang ‘gasak’ sahaja dan ini telah menyulitkan lagi keadaan.
Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ini dijangka akan memberikan kenyataan rasminya hari ini. Semoga sebarang keputusan yang diambil adalah bersesuaian dan mengambil pertimbangan wajar dalam segenap aspek.



Recent Comments